Skip to main content

Bola Sepak

Sergio Aguero lega peroleh jaringan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aguero.jpg
Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui gembira dengan jaringan sulung yang diraih untuk kempen Liga Super musim 2023.

Lebih manis, jaringan ketika berdepan kelantan itu merupakan jaringan pertama Aguero sebagai pemain tempatan Tok Gajah.

Tonggak naturalisasi kebangsaan itu percaya masih banyak kerja rumah yang perlu dia dan rakan sepasukan laksana dalam usaha memastikan Sri Pahang muncul antara salah sebuah pasukan pencabar musim ini.
 

Skuad kendalian Fandi Ahmad meraih kemenangan selesa 4-1 hasil jaringan di babak pertama yang disumbangkan Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Aguero serta Stefano Brundo.

"Perasaan yang sangat bagus dan saya sangat gembira kerana menjaringkan gol sebagai pemain tempatan Sri Pahang FC," kata Aguero.

"Kami akan cuba terus melakukannya dan meningkatkan lagi momentum untuk meraih tiga mata."

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video