Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Liga Super: JDT tiada masalah selesa dahului permainan di Kelana Jaya

bergson.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) memperoleh kelebihan dua jaringan ke atas Selangor pada separuh masa aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium MBPJ. 

Selangor mempamerkan kesebelasan utama yang berbeza apabila ketua jurulatih, Nidzam Jamil, menurunkan tiga pertahanan tengah iaitu Mohammad Abualnadi, Umar Eshmurodov dan Sharul Nazeem sementara Aliff Izwan Yuslan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronnie Fernandez bagi mengetuai serangan Selangor.

Selangor terlebih dahulu menguji benteng akhir JDT apabila Ali Olwan berjaya melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol Syihan Hazmi Mohamed. 

Di sebalik permulaan itu, JDT seperti biasa menguasai permainan dengan lebih tenang sebelum mendahului permainan menerusi tandukan Romel Morales pada minit ke-29. 

Penguasaan permainan terus menjadi intipati permainan JDT sebelum berjaya menggandakan jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-43 apabila mudah menampan masuk hantaran Arif Aiman Md Hanapi.

Kedudukan 2-0 memihak JDT menuju bilik persalinan.

 

Advertisement

Must Watch Video