Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) selesa mendahului 2-0 pada separuh masa dalam aksi bertemu Kuching City di Stadium Sultan Ismail, sebentar tadi.
JDT kembali ke kancah bola sepak tempatan selepas tamat rehat antarabangsa, bertemu Kuching City di laman sendiri.
Harimau Selatan itu melakukan rombakan besar-besaran dalam kesebelasan utama, kehadiran Farizal Marlias dan Syahmi Safari mencuri tumpuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syihan Hazmi Mohamed dan Matt Davies selepas beraksi bersama skuad kebangsaan.
Dua jaringan yang dihasilkan Bergson da Silva dan Juan Muniz memastikan JDT selesa mendahului 45 minit pertama.