Skip to main content

Bola Sepak

Separuh akhir Piala FA: Sabah sudah sedia hadapi Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coach-sabah.jpg
Ketua jurulatih Sabah, Jean-Paul de Marigny, berkata pasukannya sudah bersiap sedia untuk menghadapi Selangor bagi aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Likas malam esok.

Pengendali kelahiran Australia itu turut menegaskan bahawa anak buahnya tidak boleh mengulangi kesilapan sama ketika tewas 1-2 kepada Gergasi Merah dalam pertemuan Liga Super di venue sama minggu lalu.

Bagaimanapun, The Rhinos akan turun tanpa khidmat dua tonggak utama, iaitu Gabirel Peres dan Darren Lok, yang masih berada dalam senarai kecederaan.

"Pemain sedang berada dalam keadaan terbaik, mereka sedang bersemangat tinggi dan sudah bersedia untuk perlawanan ini dan cabaran yang akan dihadapi," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kami sudah melakukan analisis dan melihat kelebihan yang kami percaya akan memberikan peluang buat kami.

"Kami berusaha untuk mara lebih jauh dan dengan posisi yang betul, kami mampu mencabar setiap pasukan."

 
Nike

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video