BOLA SEPAK
Separuh akhir kedua JDT dan Perak, 15 ribu tiket terjual
Lebih 15 ribu tiket perlawanan separuh akhir kedua setakat ini telahpun terjual membabitkan perlawanan antara Johor Darul Ta'zim menentang pasukan Perak di Stadium Sultan Ibrahim yang akan berlangsung malam ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi yang membuat liputan di sekitar SSI petang ini melaporkan bahawa, penyokong kedua-dua pasukan telahpun mula membanjiri perkarangan stadium berkenaan sejak dari jam 3.00 petang.
"Apa yang dimaklumkan setakat ini juga sebanyak enam buah bas yang membawa penyokong Perak dari Ipoh juga telahpun tiba ke SSI untuk memberikan sokongan kepada skuad Bos Gaurus.
Iklan
"Meskipun mereka sedar di atas kertas ketika ini perlu mengatasi defisit tiga gol tetapi itulah semangat yang ditunjukkan oleh penyokong perak yang hadir ke SSI hari ini," jelasnya ketika melakukan pemantauan bersama penyokong kedua-dua pasukan.
Malah jelasnya lagi semangat penyokong Perak itu harus dipuji atas dasar semangat kesukanan yang telah ditunjukkan, memandangkan kemampuan Perak untuk mencapai tahap ke separuh akhir juga sebenarnya sudahpun dianggap satu pencapaian yang hebat buat mereka selain mutu peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh Perak sehingga kini.
Must-Watch Video