Skip to main content

Bola Sepak

Seorang pemain EPL ditahan, disyaki merogol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

premier-league.jpg
Seorang pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) ditahan kerana disyaki merogol.

Pemain itu, yang berusia lewat 20an, bagaimanapun, tidak boleh dinamakan atas sebab undang-undang.

Dia ditahan semalam selepas seorang wanita berusia 20an melaporkan kepada pihak polis berkenaan tuduhan rogol itu.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata kepada Stats Perform: "Pada 4 Julai, satu pertuduhan kes rogol seorang wanita berusia 20an telah dilaporkan kepada pihak polis.

"Kejadian rogol itu dilaporkan berlaku pada Jun 2022.

"Pada 4 Julai, seorang lelaki telah di tahan di alamatnya di Barnet atas tuduhan merogol dan kini sedang direman.

"Siasatan mengenai perkara ini masih sedang berjalan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video