PIALA MALAYSIA
Sentuhan berbisa Morales tidak bimbangkan Farizal
Kecemerlangan Romel Morales dalam saingan Piala Malaysia, masih belum mencetus kerisauan kapten Johor Darul Ta'zim, Farizal Marlias menjelang aksi final Piala Malaysia yang bakal berlangsung malam ini.
Farizal mengakui Morales cukup menyerlah dan berbisa namun dia masih percaya dengan kemampuan barisan pertahanan JDT yang seringkali berjaya mematahkan asakan lawan.
"Bagi saya, dia seorang pemain yang bagus dan kami akan memastikan berhati-hati dengan ancamannya," kata Farizal.
Iklan
"Namun JDT memiliki skuad terbaik dan setiap pemain memiliki peluang untuk membuktikan kemampuan bagi memastikan kemenangan pasukan."
Tegas Farizal, kehadiran JDT bukan sekadar mengisi slot final, tetapi mahu membawa pulang Piala Malaysia yang sekaligus mengulangi pencapaian 2019.
"Ini merupakan kemuncak saingan Liga Malaysia musim ini, setiap pemain meletakkan sasaran untuk menampilkan permainan terbaik."
Must-Watch Video