Skip to main content

Bola Sepak

Semua untuk Harimau Malaya -- Palmero

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gabreiel.jpg
Pertahanan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, tekad untuk memberikan aksi terbaik setiap kali khidmatnya dipanggil untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

Pemain Unionistas de Salamanca berusia 23 tahun itu diberikan kepercayaan oleh Peter Cklamoski untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan mengawal benteng pertahanan negara selain menjadi watak penting ketika perlawanan persahabatan kedua menewaskan Palestin 1-0.

Menerusi laman media sosialnya, dia berkongsikan: "Sekali lagi berada di negara yang istimewa ini, ia memberi saya pengalaman dan memori yang mengagumkan.






"Sudah tentu, ia satu penghormatan dan saya lakukan yang terbaik untuk bendera ini. Semuanya untuk Harimau Malaya. Jumpa lagi." katanya.

Pemain pertahanan itu pulang ke pangkuan kelab untuk menjalani sesi latihan selepas membantu kem negara.

Untuk rekod, Palmero telah mengumpul enam kap bersama Harimau Malaya dengan turut menjadi watak penting ketika membantu kem negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2027 sebelum ini.



 
 

Advertisement

Must Watch Video