Pengurus Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi, menafikan hanya pasukannya berdepan tekanan menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 bertemu tuan rumah, Russia, malam ini.
Pertemuan Arab Saudi dan Russia di Stadium Luzhniki bakal menarik perhatian jutaan peminat bola sepak tetapi pengurus itu menegaskan semua pasukan berasa tertekan dan bukan hanya skuad kendaliannya.
Tatkala pasukan bimbingan Stanislav Cherchesov itu bakal menerima sokongan padu di laman sendiri, Pizzi menyifatkan setiap pasukan perlu memenuhi harapan yang diberikan.
"Saya rasa semua pasukan hadir ke sini dengan tekanan. Kadangkala, kami mencipta tekanan buat diri sendiri dan berharap agar dapat melakukan tugas dengan baik.
"Jelas sekali, kami bakal berdepan tuan rumah dan itu adalah salah satu faktor tetapi apabila turun beraksi, saya tidak rasa ia memberikan tekanan tambahan buat Arab Saudi," katanya.
Pizzi, yang membawa Chile memenangi kejuaraan Copa America pada 2016 tetapi melepaskan jawatan apabila pasukannya gagal ke Piala Dunia 2018, memegang jawatan di Arab Saudi sejak November lalu dan kini teruja untuk melihat anak-anak buahnya menampilkan aksi terbaik di pentas besar.
"Saya gembira untuk turun dalam aksi pembukaan. Terdapat beberapa peluang untuk beraksi di pentas seperti ini dan kami adalah antara yang terpilih.
"Dalam pasukan, kem Arab Saudi sentiasa gembira dan kami akan bermain dengan penuh keazaman.
"Kami mahu melakukan yang terbaik untuk membuatkan rakyat Arab Saudi bangga. Saya pasti itu adalah sasaran utama."