Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Semua orang idamkan Neymar, Mbappe -- Tuchel tidak terganggu ulasan Perez

neymar-mbappe.jpg
PSG 4 DIJON 0 

Thomas Tuchel tidak terganggu dengan kenyataan Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mengenai sasaran gergasi LaLiga itu yang dikhabarkan mengintai khidmat Kylian Mbappe dan Neymar sambil menegaskan semua kelab mendambakan khidmat pasangan Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan. 


Perez berkata beliau akan menandatangani Mbappe dan Neymar ketika ditanya siapakah yang akan menjadi pilihan beliau sekiranya perlu memilih salah seorang bintang penggempur tersebut sejurus kembalinya Zinedine Zidane ke Madrid, semalam. 

Madrid telah lama dikaitkan dengan Mbappe dan Neymar, dengan perkembangan itu sekali gus meningkatkan lagi spekulasi kelibat kedua-dua pemain tersebut berikutan Zidane berhasrat untuk melakukan rombakan terhadap skuad LaLiga itu. 

Begitupun, pengurus PSG, Tuchel, tidak tergugat dengan kenyataan Perez itu ketika ditemui dalam kemenangan Ligue 1, 4-0 ke atas Dijon, awal pagi tadi. 

"Ia sudah biasa berlaku kerana semua orang inginkan Neymar, Mbappe, (Marco) Verratti atau Marquinhos dalam pasukan mereka, ia tidak mengganggu saya untuk mengatakannya," kata Tuchel kepada pemberita.

"Mereka merupakan pemain utama tetapi mereka adalah tonggak kami dan itulah perkara paling penting."

PSG tidak lagi dibayangi kekecewaan tersingkir daripada pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Manchester United apabila membelasah Dijon.

Mbappe, Angel Di Maria, Marquinhos dan pemain gantian, Eric Maxim Choupo-Moting, masing-masing mencetak nama selaku penjaring buat juara Perancis itu dalam aksi di laman sendiri itu untuk melebarkan jurang 17 mata di puncak Ligue 1. 

"Saya memang menunggu untuk detik itu kerana barisan pemain telah membuktikannya ketika latihan," kata Tuchel. "Kami banyak berbual, saya sangat tenang dan yakin bahawa kami dapat membuktikan kemampuan dan bangkit. 

"Ini adalah satu peluang yang baik untuk kembali beraksi selepas perlawanan dengan Manchester. PSG telah berusaha dengan baik, kami menjaringkan empat gol serta mencipta banyak peluang.

"Ia adalah langkah pertama untuk menunjukkan bahawa kami boleh bertindak balas seperti juara. Ia adalah tindak balas yang baik, kami masih mempunyai matlamat yang lain. Kami mahu memenangi baki kejohanan yang ada, iaitu Coupe de France."









 

Advertisement

Must Watch Video