Skip to main content

Bola Sepak

Selangor tidak rela dibolosi jaringan T-Team

25517maniam.jpg
Jurulatih Selangor, P. Maniam, menganggap T-Team sebagai pasukan berbahaya dengan keupayaan barisan Rahmad Darmawan itu mampu mencetuskan kejutan di atas kelalaian pihak lawan.

Selangor kini dalam situasi yang cukup baik untuk meneruskan rentak kecemerlangan dan menyasarkan T-Team selaku pasukan seterusnya yang perlu dipastikan kutipan tiga mata di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

Maniam berkata pemainnya berada pada tahap terbaik tetapi kegusaran lebih terarah kepada keupayaan T-Team dalam mencari peluang.

"Selepas T-Team meraih kemenangan 5-0 (ke atas Kedah), tahap keyakinan mereka sangat tinggi. Jadi, kami tidak boleh mengambil mudah menentang pasukan itu kerana mereka juga pasukan yang kuat."

Tambahnya, gawang Selangor tidak boleh dibolosi kerana situasi itu mampu mengundang tekanan yang akan memberi kesukaran untuk pemain beraksi pada tahap sebenar.

"Kami tidak mahu melepaskan gol kerana ia akan membuatkan kami lemah, keyakinan kami akan jatuh. Pada masa sama, kami perlu mencipta peluang," katanya.

Sementara itu, pemain import, Andik Vermansyah, kini sudah bersama Selangor dalam sesi latihan hari ini.

Bagaimanapun, dia dijangka akan membantu Selangor selepas selesai urusan jendela perpindahan pemain pada Jun depan.

Advertisement

Must Watch Video