PIALA FA
Selangor terselamat
Menewaskan Kuala Lumpur semalam telah melayakkan Selangor ke peringkat suku akhir Piala FA dan telah memberikan sedikit kelegaan kepada Michael Feichtenbeiner, pengendali The Red Giants, setelah pasukan kendaliannya itu mengalami kemerosotan prestasi dalam beberapa perlawanan saingan Liga Super sebelum ini.
Sudah tentu kemenangan ini akan meningkatkan lagi keyakinan pemain-pemain The Red Giants setelah menerima tekanan dari penyokong-penyokong disebabkan prestasi yang tidak menentu itu. Ia juga diakui sendiri oleh pengendali dari Jerman berkenaan.
“Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain kerana beraksi dalam tekanan, mereka berjaya cemerlang dengan memastikan kemenangan. Mereka berhak untuk menikmati kemenangan ini."
Iklan
Apa yang menariknya pada pertemuan itu ialah bagaimana keinginan dan kesungguhan yang dipamerkan oleh pemain-pemain The Red Giants.
Bukan mudah untuk mengawal emosi dan keyakinan diri apabila bermain di dalam tekanan kerana ia memerlukan sokongan moral yang tinggi daripada pengurusan dan dikalangan pemain-pemain sendiri.
Ia memerlukan konsentrasi dan komitmen setiap saat supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang boleh mengundang padah pada pasukan sendiri.
Walaupun kemenangan itu berjaya meredakan ketegangan di antara Michael Feichtenbeiner, namun pengendali dari Jerman itu perlu meningkatkan kualiti permainan Selangor.
Ini kerana dengan kualiti pemain-pemain dimiliki The Red Giants sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk bermain secara “build up attack” daripada bermain secara “long ball” yang diterapkan ketika ini kerana di bahagian tengah sahaja, The Red Giants memiliki Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal Mahadi yang mempunyai keupayaan teknikal yang baik serta bijak dalam merencanakan gerakkan dan mampu mengawal tempo permainan.
Sekirannya kekuatan yang ada ini tidak digunakan pengendali dari Jerman itu, amat merugikan kerana dengan pemain yang dimiliki itu boleh mewujudkan indentiti bola sepak Selangor.
Masih ada masa lagi untuk Michael Feichtenbeiner memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud itu kerana beliau masih lagi menerima sokongan yang padu daripada para pemainnya.
Keharmonian dalam skuad The Red Giants itu juga memberi kekuatan untuk terus maju dan bagi pemain pula, mereka perlu terus tunjukkan keazaman untuk memajukan diri dan terus membawa perubahan pada nasib pasukan The Red Giants. Jangan merasa rendah diri sebaliknya terus bangkit dan buktikan yang skuad ini mempunyai kekuatan sendiri.
*Kredit foto: Selangor FC
Must-Watch Video