SELANGOR 2 PKNS FC 1
Selangor menjarakkan diri enam mata daripada zon penyingkiran selepas menewaskan PKNS FC 2-1 dalam Liga Super di Stadium Cheras, malam ini.
Selangor sebelumnya bergelut dengan prestasi hambar yang meletakkan mereka di kedudukan ketiga tercorot liga.
Enggan maruah direntap 'pasukan adik', skuad Gergasi Merah itu selesa mendahului perlawanan dengan gol awal Rufino Segovia pada minit ketujuh.
Segovia berada di kedudukan baik untuk melakukan sentuhan susulan terhadap percubaan pertama daripada Ilham Udin Armaiyn yang gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan.
Selepas itu, pemain kelahiran Brazil, Rafael Ramazotti, hampir-hampir menyamakan kedudukan apabila lambungan jarak jauhnya sedikit melewati palang gol Selangor pada minit ke-16.
Rakan senegara Ramazotti, Bruno Oliveira, yang beraksi buat kali pertama selepas baru ditandatangani PKNS, membuat umpanan untuk disudahkan Safee Sali dua minit sebelum rehat bagi mengimbangi kedudukan 1-1.
Safee, yang menerima lorongan baik, melakukan rembatan leret ke arah kanan gawang untuk jauh daripada jangkauan penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.
Selepas rehat, PKNS terlepas peluang untuk mendahului perlawanan apabila Safee yang disajikan peluang terbuka selepas menerima hantaran Mahali Jasuli, gagal menyudahkannya dengan baik.
Dia melakukan rembatan tepat ke arah Khairulazhan sekalipun boleh mengelirukan penjaga gol itu.
Sebaliknya, Evan Dimas Darmono selepas itu membawa Selangor di depan hasil larian solonya sebelum melakukan penyudah pada minit ke-60.
PKNS seterusnya sekali lagi terlepas peluang, dengan tandukan Oliveira daripada hantaran Mahali terkena palang gol.
Pada masa kecederaan, Oliveira meledak rendah dari luar kotak penalti, bagaimanapun ditepis baik oleh Khairulazhan untuk memastikan tiga mata penuh buat Selangor.
Ia kemenangan kedua berturut-turut yang diraih Selangor selepas menewaskan Kelantan 4-0 pada Jumaat lalu.
Keputusan lain:
NEGERI SEMBILAN 1 PERAK 1