Dalam satu kiriman di laman Facebook rasmi mereka, Selangor FC melakukan pengumuman berkenaan dengan satu video berdurasi seminit dan 12 saat, yang menggambarkan aksi lincah Faisal diibaratkan seperti kuda, cheetah dan helang.
"Faisal Halim #IsRED. Selamat datang ke Selangor FC, Faisal Halim," tulis kiriman itu.
Sebagai rekod, Faisal merupakan pemain kebangsaan ketiga ditandatangani Selangor musim ini selepas pertahanan kental, Khuzaimi Piee, dan bek kiri serba boleh, V. Ruventhiran.
Ia dilihat sebagai satu perubahan drastik yang dilakukan selepas kemasukan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pada penghujung musim lalu.
The moment that we’ve been waiting for❗
— Selangor FC (@selangorfc) December 22, 2022
?? Faisal Halim #IsRED??
? Welcome to Selangor FC, Faisal Halim! ??#MKLK pic.twitter.com/LmZRu7gGyO