Pengendai Selangor, Nazliazmi Mohamad Nasir, mengakui pasukannya tidak memulakan perlawanan dengan baik apabila sekadar seri 1-1 dengan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
Nazliazmi mengakui Selangor memulakan aksi babak pertama di bawah tahap terbaik yang menyaksikan Perak lebih menguasai perlawanan.
Namun, Selangor melakukan pertukaran dalam babak kedua dan kemasukan Syahmi Safari, yang sebelum ini kerap tersisih kerana kecederaan, turut memberi kesan positif.
"Pertahanan bermain dengan cemerlang dalam babak pertama dan kehadiran Syahmi dalam perlawanan memberikan bantuan kepada penyerang utama kami, Rufino Segovia," kata Nazliazmi.
Bagi Syahmi pula, dia mengakui kini berasa yakin untuk kembali dalam kesebelasan utama.
Syahmi, yang sebelum ini beraksi selaku pemain sayap serta bek sayap, cemerlang selaku pemain tengah bergandingan dengan Amri Yahyah dan Saiful Ridzwan Selamat dalam babak kedua.
"Saya hadir ke dalam perlawanan dengan usaha untuk mengubah keputusan dan berjaya memastikan Selangor berkongsi satu mata dengan Perak," katanya.