Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Selangor benam KL City, Sri Pahang putih mata di Stadium Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-fc.jpg
Selangor FC terus kekal dengan gelaran 'Raja Lembah Klang' selepas mengatasi Kuala Lumpur City FC 2-0  dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang dalam misi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga memastikan mereka mendahului perlawanan ke atas naib juara Piala FA itu menerusi jaringan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-32.

The Red Giants bagaimanapun berdepan tekanan daripada KL City namun mereka berjaya menggandakan jaringan menerusi tonggak import, Ayron Del Valle pada minit ke-76 sekaligus memastikan kemenangan pasukan di laman sendiri.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 43 mata selepas mengharungi 20 perlawanan, 11 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang beraksi kurang dua perlawanan.

Sementara itu, Kedah turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Ifedayo Olusegun membuka jaringan pada minit keempat sebelum jaringan J. Partiban menoktahkan kemenangan skuad bimbingan Nafuzi Zain.

Di Kota Bharu, Kelantan United tewas 4-1 kepada Terengganu FC. Kemenangan di tempat lawan membenarkan skuad peteh kini menghuni tangga keenam liga.
 

Advertisement

Must Watch Video