Selangor bangkit daripada ketinggalan bagi menoktahkan saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia dengan kemenangan 2-1 ke atas Perak di Ipoh sebentar tadi.
Sebelum memasuki perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan, skuad kendalian Karsten Neitzel, sudahpun melayakkan diri ke suku akhir apabila berbekalkan sembilan mata selepas lima perlawanan.
Ternyata permulaan yang kurang cemerlang menyaksikan mereka diasak di awal permainan menerusi percubaan Roziyat Daud dalam usaha menguji benteng pertahanan Selangor.
Jaringan pendahuluan terhasil apabila Roziyat berjaya mencari ruang untuk mengatasi penjaga gol, Tauffiq Ar Rasyid Johar.
Ketinggalan dalam perlawanan terdapat pertukaran strategi yang dilakukan Neitzel menyaksikan mereka mula menguji kemampuan pertahanan Perak, tandukkan Shahrel Fikri terkena palang sebelum dia sekali lagi melakukan percubaan namun berjaya dinafikan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.
Gol penyamaan terhasil menerusi Sean Selvaraj pada minit ke-72 sebelum Wan Zack Haikal Wan Noor melengkapkan kebangkitan Selangor lima minit sebelum tamat permainan.
Selangor yang menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Terengganu FC bakal berdepan KL City dalam aksi suku akhir.
Keputusan lain:
KUCHING CITY 1 TERENGGANU 1
SARAWAK UNITED 1 PENANG 2
SRI PAHANG 0 KL CITY 1
Imej: Selangor FC