Skip to main content

Bola Sepak

Selamat Hari Merdeka, negaraku Malaysia -- Warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

junior.jpg
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, pertahanan warisan Harimau Malaya, Junior Eldstal, mengirimkan ucapan kemerdekaan di laman rasmi X.

"Selamat Hari Merdeka, negaraku Malaysia," katanya.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terlepas panggilan skuad kebangsaan menjelang kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menemukan Malaysia menentang Singapura dan Palestin, 4 dan 8 September ini. 

Sebelum ini, khidmat pemain berdarah campuran Malaysia-Sweden itu ditagih dalam skuad penuh aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia bertemu Vietnam, Jun lalu. 

 

Junior, 33, juga merupakan tonggak penting kem negara ketika menghadapi kempen Piala Asia 2023 di Qatar di bawah kendalian Kim Pan-gon. 

Setakat ini, dia sudah membuat 23 kaps bersama Harimau Malaya.

Musim ini, Junior melakukan penampilan pertama bersama JDT II tatkala berdepan Universiti Malaya (UM)-Damansara dalam aksi Liga A1 Semi-Pro. 

Advertisement

Must Watch Video