Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Seladang tetap berpuas hati dengan kemenangan tipis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mehmet-durakovic.jpeg
Perak menepati ramalan apabila menguasai tiga mata penuh dalam pertembungan dengan Kelantan di Stadium Perak menerusi kemenangan 1-0 dalam Liga Super, malam tadi.

Sebaik wisel permulaan ditiupkan, gandingan Wander Luiz dan Gilmar da Silva banyak merangka serangan bagi memburu jaringan awal buat Perak.

Bagaimanapun, percubaan itu dipatahkan penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail, selain Kelantan turut memiliki peluang untuk mencipta kejutan tetapi bijak dihalang penjaga gol Perak, Muhamad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Memasuki babak kedua, nasib akhirnya menyebelahi The Bos Gaurus.

Ekoran kekasaran ke atas Gilmar, pengadil, Suhaizi Shukri, menghadiahkan Perak sepakan penalti dan peluang itu tenang disempurnakan Leandro Dos Santos pada minit ke-68.

"Saya sangat gembira dengan persembahan pemain. 

"Secara jujurnya, kalau penyudah kami tajam, kami sepatutnya dapat menjaringkan empat atau lima gol lagi. 

"Apapun, saya gembira kami dapat mencipta peluang," kata jurulatih Perak, Mehmet Durakovic.

JPemangku ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, pula menyimpulkan: "Kami memiliki satu peluang yang boleh mengubah situasi keputusan perlawanan. 

"Tetapi, sekali lagi kematangan anak buah saya yang rata-rata dibarisi pemain muda, gagal membuahkan hasil." 

 

Advertisement

Must Watch Video