Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, lebih mengutamakan Kejohanan Kelayakan AFC Mac depan dengan mengharapkan tempoh 10 hari lebih awal sebelum sepak mula bagi melakukan persiapan pasukan.
Kim Swee tidak menolak masa agak suntuk untuk mempersiapkan pasukan menjelang Kejohanan AFF B- 22 di Kemboja bulan depan dan Kelayakan AFC yang dijadualkan bermula 22 Mac depan.
Enggan situasi sukar mengumpulkan barisan pemain dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini berulang, Kim Swee berharap persediaan kali ini, khususnya menjelang Kelayakan AFC, tidak lagi terjejas.
Ketika ini, seramai 17 pemain hadir ke sesi latihan pertama di mana seorang daripada mereka, Muhammad Izzan Syahmi Mustapa dari Terengganu, menjadi antara nama pertama yang mungkin digugurkan akibat kecederaan betis yang serius.
"Saya amat perlukan masa yang lebih, terutama sebelum kelayakan AFC Mac nanti. Jadual sudah dikeluarkan dan saya harap semua pemain mampu bersama pasukan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sepak mula," ujar jurulatih itu.
Kim Swee masih dalam usaha untuk memastikan juruanalisis video sukan, Ahmad Hilmi Abdul Latif, dan ahli fisiologi sukan serta pemakanan, Norazmi Ramly, diberi lampu hijau untuk ikut serta dalam dua kejohanan utama itu apabila mereka telah dibenarkan ke Bangkok, Thailand 13 Januari nanti bagi aksi persahabatan bersama skuad negara.
"Pesanan daripada pegawai Institut Sukan Negara (ISN) mengatakan bahawa mereka dilepaskan untuk program di Bangkok sahaja. Bagi saingan Kelayakan AFC dan Kejohanan AFF, mereka tidak dilepaskan disebabkan ISN sedang melalui perubahan.
"Saya menunggu masa sesuai untuk menemui pegawai atasan tersebut."