Kenapa Nathaniel Shio Hong Wan bermain bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam Liga A1 Semi-Pro?
Jawapan kepada persoalan tersebut berjaya dirungkai memandangkan bekas pemain Wolverhampton Wanderers bawah 23 tahun (B-23) itu mahu kembali ke persembahan terbaiknya pasca kecederaan yang melanda, sebelum ini.
"Selama satu tahun saya tidak bermain.
"Sebab itu saya di sini mendapatkan minit permainan dan menguji tahap kecergasan," katanya di TikTok Goaaldigger.
Ketika ditanya mengenai situasi terkini bintang berusia 24 tahun itu, Hong Wan menegaskan bahawa dia masih merupakan sebahagian daripada skuad utama Harimau Selatan.
Sudah pasti Hong Wan mahu mendapatkan semula tempatnya dalam pasukan kendalian Xisco Munoz dan kembali ke Liga Super.
Dalam masa sama, dia berharap namanya tidak keciciran sambil tidak menolak kemungkinan bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
"Saya masih dalam masa untuk kembali daripada kecederaan.
"Prestasi saya sedikit berkarat," tambahnya.
Selain Hong Wan, import baharu dari Villarreal C, Celso Bermejo, dan bintang Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dan Junior Eldstal, turut disenaraikan selaku kesebelasan utama bertemu Universiti Malaya (UM)-Damansara di mana JDT II memperoleh kemenangan tipis 1-0.

@azha.mdzin Misi dapat jumpa Hong Wan tercapai! Next senior team pula akan bertandang ke venue yang sama untuk FA Cup. Pemain JDT mana yang diidam hadir di UM Arena nanti? #goaldigger #classicfootballshirts #iniligakita #fyp #footballtiktok #umd #jdt #afl #footballtiktok ♬ original sound - Goaaldigger