Skip to main content

Bola Sepak

Scudetto jadi keutamaan Hamsik

171117marekhamsik.jpg
Kapten Napoli, Marek Hamsik, menegaskan kepada dirinya supaya tidak terbuai dengan peluang memecahkan rekod Diego Maradona, sebaliknya mengutamakan prestasi pasukan untuk mencipta kemenangan Scudetto pertama sejak 1990.

Jaringan Hamsik ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Cagliari pada permulaan Oktober merupakan gol yang ke-114 bersama Napoli, ketinggalan satu gol untuk menyamai rekod legenda Argentina itu yang berjaya menjadi inspirasi kegemilangan pasukan pada 1987 dan tiga tahun berikutnya.

Pemain kebangsaan Slovakia itu tidak menjaringkan sebarang gol dalam tujuh perlawanan, dengan Hamsik menegaskan gelaran Serie A menjadi keutamaan.

"Benar, rekod itu semakin hampir dipecahkan," kata Hamsik.

"Ia akan datang,  saya tidak mahu tertekan mengenainya. Saya lebih fokus kepada pasukan dan keputusan kami.

"Saya sangat gembira dengan persembahan Napoli. Kami berada dalam landasan yang baik untuk muncul juara," katanya lagi.

Napoli bakal menerima kunjungan AC Milan bagi saingan Serie A, esok.

Advertisement

Must Watch Video