Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Scaloni: Prestasi terbaik Argentina masih belum tiba

scaloni.jpg
MAGHRIBI 0 ARGENTINA 1

Lionel Scaloni berkata persembahan terbaik pasukannya, Argentina, masih belum tiba selepas mereka meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Maghribi dalam aksi persahabatan di Tangier, awal pagi tadi.


Pemain gantian, Angel Correa, menyelamatkan maruah skuad kendalian Scaloni itu dengan menjaringkan gol kemenangan pada tujuh minit terakhir perlawanan.

Argentina, yang dikejutkan seteru Amerika Selatan, Venezuela, dengan kelakahan 1-3 di Madrid, Jumaat lalu, turun tanpa bintang utama, Lionel Messi, dan situasi itu menyukarkan mereka untuk menundukkan Maghribi.

Walaupun mengakui terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki pasukannya, Scaloni turut menyalahkan keadaan berangin di Tangier dalam sidang media selepas perlawanan.

"Persembahan terbaik Argentina pasti akan tiba seperti pasukan-pasukan lain.

"Tiada sebarang pasukan akan kekal dengan prestasi 100 peratus.

"Amat sukar untuk Argentina dan Maghribi memaparkan aksi terbaik (kerana faktor angin).

"Bagaimanapun, kami akan memperoleh prestasi terbaik kami dengan usaha keras dan kami perlu bersedia untuk melakukannya.

"Seperti yang kita sedia maklum, Maghribi merupakan pasukan yang sukar dengan pemain yang baik dan mampu menyukarkan setiap lawan.

"Kali ini mereka berdepan Argentina yang penuh bernafsu.

"Kami bernafsu untuk bermain, untuk mendapatkan keputusan yang baik, untuk bertahan sehebat ini dan itulah yang paling penting buat kami.

"Amat sukar juga buat Maghribi kerana mereka perlu berdepan dengan tekanan daripada penyokong sendiri dan beraksi dalam keadaan berangin seperi ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video