Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak kisah untuk bermain di posisi berlainan -- Pjanic

pjanic-i-will-play-wherever-allegri-needs-me.jpg

Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic, mengakui dia tidak berdepan masalah untuk bermain di posisi berlainan jika itu yang diminta pengendali, Massimiliano Allegri.

Pemain berusia 26 tahun itu masih belum menemui sentuhan terbaiknya sejak berhijrah ke Stadium Juventus dari AS Roma dengan Allegri masih cuba mencari posisi terbaiknya.

Namun, Pjanic melihat tiada sebab untuknya berasa gusar meskipun masih buntu dalam mengembalikan prestasi terbaiknya.

"Saya gembira untuk bermain di mana sahaja yang jurulatih mahukan," kata Pjanic kepada Sky Sport.

"Saya boleh beraksi di hadapan barisan pertahanan, di bahagian tengah, juga sebagai perancang utama pasuakn.

"Saya baharu tiba di Juventus, jadi saya yakin keadaan akan berubah menjadi lebih baik."

Juventus telah menerima kritikan susulan terikat seri berdepan Sevilla dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan tewas kepada Inter dalam saingan liga selepas itu dan Pjanic mengakui mereka perlu mengekalkan prestasi musim lalu.

"Juventus tidak boleh mempamerkan aksi hambar walaupun untuk tempoh 45 minit. Jika tidak, kami akan dikritik," tambahnya.

"Allegri kemudiannya menegur dengan menjelaskan kesilapan yang kami lakukan dan selepas itu, kami bangkit memenangi dua perlawanan."

Juventus dijangka akan mengutip tiga mata pertama dalam saingan UCL musim ini apabila mereka bertandanng ke Dinamo Zagreb pada Selasa, namun Pjanic memberi amaran mereka bukan lawan mudah.

"Perlawanan seperti ini sangat sukar tetapi sudah pasti kami mahu mencatat kemenangan," ujarnya.


Advertisement

Must Watch Video