Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne, tidak berasakan stadium baru Tottenham akan memberikan sebarang impak dalam pertemuan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Rabu ini.
Skuad bimbingan Pep Guardiola itu akan berkunjung ke Stadium Tottenham Hotspur selepas aksi pertama Spurs dalam stadium baru yang dipenuhi 62,000 penyokong menghadirkan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace, Khamis lalu.
Suasana yang sama sudah dijangka buat City dalam aksi suku akhir pertama berdepan kelab London Utara itu tetapi De Bruyne lebih mengutamakan kualiti pemain seperti Harry Kane, Christian Eriksen dan Dele Alli yang mampu menghadirkan kesukaran kepada mereka.
"Saya tidak kisah tentang stadium itu. Saya hanya mengutamakan pasukan yang perlu kami hadapi," kata De Bruyne.
"Semua orang bercakap tentang stadium seperti ia sesuatu yang istimewa. Semua pasukan memiliki stadium, semua pasukan mempunyai penyokong.
"Saya berasakan tiada apa yang berbeza. Mereka mungkin teruja kerana dapat beraksi di laman sendiri."
City mengatasi Brighton and Hove Albion 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA dan bakal berdepan Watford di Wembley bulan depan.
De Bruyne dan rakan sepasukan mengatasi Chelsea menerusi penentuan penalti untuk menjulang Piala EFL, Februari lalu, serta masih kekal bersaing merebut takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool.
Guardiola berasakan misi City menyempurnakan empat kejuaraan sebagai "hampir mustahil" dan De Bruyne berasakan jadual padat yang telah dihadapi harus diberikan pujian.
"Saya rasa tidak perlu membincangkan perkara itu. Anda tahu betapa padatnya jadual perlawanan bola sepak buat kami?"
"Kami akan terus bermain untuk perlawanan seterusnya dan berharap dapat memberikan yang terbaik.
City tersingkir dalam suku akhir UCL musim lalu selepas tewas 5-1 secara agregat kepada Liverpool.