Maurizio Sarri enggan mengendahkan spekulasi terbaru tentang pemecatannya daripada jawatan pengurus Chelsea.
Dengan Chelsea kini di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan berkemungkinan tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, masa depan Sarri dengan pasukan itu semakin terancam selepas pasukannya tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Manchester City dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) bulan lalu.
Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Esprito Santo, dikhabarkan sebagai salah satu calon pengganti andai Lembaga Pengarah Chelsea memilih untuk memecat Sarri, namun bekas pengendali Napoli itu tidak mahu memikirkan nasibnya musim depan.
"Saya tidak tahu. Saya tidak kisah buat masa ini," kata Sarri menjelang perlawanan dengan Dynamo Kiev dalam Liga Europa awal pagi esok.
"Bagi saya, perlawanan selepas ini merupakan perkara terpenting.
"Ia termasuk perlawanan dengan Liverpool dan Everton.
"Bagi saya, musim depan masih terlalu jauh untuk dihadapi.
"Saya mahu menumpukan terhadap perlawanan-perlawanan ini.
"Selepas itu, kami akan menghadapi waktu rehat antarabangsa dan seterusnya jadual padat sehingga penghujung musim.
"Apa yang penting adalah kami perlu menumpukan kepada perlawanan kami dan dua perlawanan selepas ini merupakan yang paling penting.
"Kami mahu tamat di kelompok empat terbaik Liga Perdana dan mara ke final Liga Europa," katanya.
Gonzalo Hugain mencuri tumpuan media selepas tidak menyertai kunjungan Chelsea ke Kiev dengan Danny Drinkwater dan Gary Cahill akan turut terlepas perhitungan itu walaupun Chelsea memiliki kelebihan agregat 3-0 dari laman sendiri.
Sarri mengesahkan penyerangnya itu mengalami masalah kesihatan dan akan diturunkan dalam perlawanan menentang Everton, hujung minggu ini.
"Dia demam. Dalam sesi latihan semalam, kami dan doktor pasukan memutuskan untuk dia tidak menyertai kami agar dapat pulih sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan akan datang," katanya.
Chelsea berpeluang cerah untuk ke suku akhir selepas memperoleh kelebihan selesa dalam aksi pertama di Stamford Bridge minggu lalu, namun Sarri gusar dengan permukaan padang di Kiev.
"Ia teruk. permukaan padang mereka tidak bagus.
"Saya berasakan ia amat berbahaya. Benar-benar berbahaya.
"Ia amat berbahaya untuk bermain bola sepak di sini dan saya fikir ia sangat berbahaya dan akan mengundang kecederaan.
"Namun, ia adalah situasi di sini ini, jadi kami perlu menerimanya," katanya.