Skip to main content

Bola Sepak

Saya seperti sarjan di atas padang -- Lukaku

9318jose-mourinho-romelu-lukaku.jpg
Romelu Lukaku percaya Jose Mourinho melihatnya seperti "sarjan di atas padang" di Manchester United.

Penyerang berusia 24 tahun itu merupakan perancangan utama Mourinho bagi saingan musim ini selepas meninggalkan Everton untuk bersama United dan dia telah beraksi dalam 28 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Lukaku, yang menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan, kerap kali dipuji oleh pengurus itu di atas komitmennya di atas padang. 

Pemain kebangsaan Belgium menyifatkan dirinya yang cuba mengekalkan mentaliti yang kuat bagi membenarkan dirinya tidak dapat diketepikan di Old Trafford.

"Saya berasakan Mourinho melihat saya sebagai seorang sarjan di atas padang kerana selalunya beliau menumpukan kepada pemain tengah.
 
"Saya sentiasa bekerja keras dan bersyukur setiap hari, saya seorang penyerang dan perlu menjaringkan gol.

"Usaha yang saya tampilkan di atas padang amat dihargai beliau. Saya mengutamakan pasukan daripada kejayaan individu.

United akan berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), esok.

Advertisement

Must Watch Video