Skip to main content

Bola Sepak

Saya sangat menghormati, mengagumi Cristiano Ronaldo, kata Messi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Bekas pemain Barcelona, Lionel Messi, berkata dia sangat menghormati Cristiano Ronaldo, tetapi kedua-dua legenda itu bukanlah teman, malah merupakan musuh tradisi antara satu sama lain.

Pemenang Piala Dunia 2022 itu menjadi tajuk utama sekali lagi selepas sepakan percumanya memberikan Inter Miami kemenangan pertama Piala Dunia Kelab, menewaskan Porto 2-1 di Stadium Mercedes-Benz.

Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan ke Miami, bersama kelab lain seperti Al-Hilal, untuk menyertai pertandingan itu, tetapi tiada yang menjadi kenyataan. 

Pemain kebangsaan Argentina itu telah berkongsi pentas sama dengan Ronaldo, walaupun, diangkat selaku seteru utama dalam LaLiga bersama Barcelona dan Real Madrid, sebelum ini.

Kedua-dua penyerang itu mendominasi setiap pertandingan yang sertai dan turut memenangi anugerah Ballon d'Or selain tidak putus mencipta rekod peribadi dan menggegar arena bola sepak dunia.

 

Messi menyatakan penuh sokongan apabila ditanya mengenai bekas tonggak Manchester United itu, tetapi berkata tidak banyak hubungan antara pasangan itu di luar padang.

“Saya sangat menghormati dan mengagumi Cristiano Ronaldo, dan untuk kerjaya yang dia miliki, dahulu, kini dan sekarang.

"Dia masih bersaing di peringkat tertinggi. Persaingan dengannya adalah di atas padang... Setiap daripada kami mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan kami. 

"Di luar padang, kami adalah dua lelaki biasa. Kami bukan kawan kerana kami tidak meluangkan masa bersama, tetapi kami sentiasa melayan satu sama lain dengan penuh rasa hormat," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video