Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Saya Ronaldo sebenar -- R9

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

r9-cr.jpg
Bekas bintang Brazil, Ronaldo Nazario, yang turut dikenali sebagai 'The Phenomenon', mengisytiharkan dirinya lebih baik berbanding Cristiano Ronaldo manakala mengakui Lionel Messi berada di tahap yang lebih tinggi.

Bercakap menerusi Romario TV, wartawan mengajukan perbandingan antara Ronaldo Nazario dan beberapa pemain terkenal, termasuk Thierry Henry, Erling Haaland, Robert Lewandowski, Adriano dan Cristiano Ronaldo. Tanpa teragak-agak, Ronaldo menyatakan dia lebih baik daripada mereka berlima.

Apabila ditanya mengenai Lionel Messi, Ronaldo terhenti seketika sebelum membalas, "Messi."

Perbincangan itu berakhir dengan soalan membandingkan Ronaldo dengan Romario. Penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 menjawab sambil tersenyum, 'Seri'.

Ronaldo sebelum mengangkat Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zama. Dalam temubual terdahulu, dia menyenaraikan pasukan impiannya, dia sering menyertakan nama Messi manakala mengetepikan Cristiano Ronaldo. Dalam temubual pada September 2024 bersama Goal, senarai penyerang terbaiknya menampilkan dirinya, Messi, Ronaldinho, Diego Maradona dan Pele.

Pada usia 48 tahun, legasi Ronaldo Nazario terpahat menerusi tiga anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA (1996, 1997 dan 2002), dua gelaran Piala Dunia (1994 dan 2002), dan karier kelab yang berjaya bersama Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid, di sebalik berdepan siri masalah kecederaan lutut.
 

Dalam wawancara yang sama dengan Romario TV, Ronaldo berkongsi keutamaannya untuk Real Madrid berbanding Barcelona.

Cristiano Ronaldo, kini berusia 40 tahun, mempunyai lima anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, lima gelaran Liga Juara-Juara dan satu kemenangan Euro 2016. 

Tidak seperti rakan sejawatannya dari Brazil, karier Cristiano sebahagian besarnya bebas daripada kecederaan serius, membolehkannya mencapai 924 gol dalam 1,263 perlawanan, mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak.
 
 

Advertisement

Must Watch Video