Skip to main content

Bola Sepak

Saya percaya ada kualiti di sini -- Kata Luis Nani

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nani.jpg
Lagenda bola sepak Manchester United, Luis Nani, tidak teragak-agak menyatakan Malaysia memiliki banyak pemain berpotensi merujuk kepada kunjungan serta aksi persahabatan melibatkan pemain tempatan ketika itu.

Tahun 2009 menyaksikan jaringan pertama Nani di bumi Malaysia berlaku selain rakan sepasukannya iaitu Wayne Rooney dan Micheal Owen menyubangkan jaringan demi kemenangan 3-2 ke atas skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal ketika itu.

Selepas 16 tahun, Nani menjangkakan Malaysia sudah semakin maju dalam industri bola sepak.

Dia juga memberikan gambaran Malaysia sebagai rumah kedua untuk dirinya merujuk kepada persekitaran, makanan dan keindahan alam semula jadi yang sering membuatkannya ingin kembali ke Malaysia lagi jika berkesempatan.

"Saya masih ingat saya beraksi di sini, saya ingat aksi itu sangat menarik dengan kedua-dua pasukan menjaringkan gol. Saya percaya ada kualiti di sini. Saya tidak dapat berikan pandangan mendalam mengenai liga.

"Kali terakhir saya disini saya berjumpa dengan seorang individu yang baik, dia membawa saya ke gim, ke restoran dan membawa saya jalan-jalan. Ini adalah komuniti di Malaysia, saya gembira dan ia membuatkan saya seperti berasa di rumah.

Advertisement

Must Watch Video