"14 bulan berkelana tinggalkan keluarga, apa saya nak bagi tahu ibu bapa saya?", demikian luah pertahanan import, Sunday Afolabi, yang kesal kerana kepulangan ke Nigeria tanpa membawa hasil buat keluarganya.
Ditanya adakah dia pernah cuba memberitahu situasi sebenar yang berlaku, pemain yang membuat 40 penampilan bersama skuad kendalian Yusri Che Lah itu menegaskan situasi ini tidak masuk akal dan tiada siapa yang akan mempercayainya.
Keadaan semasa menimbulkan ketegangan di antara Sunday dan keluarganya di benua Afrika itu, malah ibu bapanya memintanya agar segera pulang tanpa perlu menunggu keputusan akhir pada Rabu depan.
"Tiada siapa (dalam keluarga) akan percaya bahawa saya tinggalkan kampung halaman selama 14 bulan dan pulang tanpa dengan tangan kosong.
"Mereka mahu saya balik kerana saya sebatang kara di sini.
"Saya tiada duit dan perlu isi perut," katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Afolabi, bagaimanapun, mengakui tiada istilah serik terlintas dalam fikirannya saat ini dan tidak menolak pertimbangan mana-mana tawaran daripada pasukan Liga-M musim depan.
"Saya seronok main di Malaysia.
"Lebih baik saya kekal beraksi di sini kerana di luar sana pun nasib saya belum tentu lagi.
"Saya masih mengintai peluang untuk beraksi di Malaysia," katanya.