Penyerang Selangor, Faisal Halim, berkata dia masih individu yang sama pasca Sukan Asia Qatar 2024 pada Februari lalu.
Penyerang yang mesra disapa Miki itu antara pemain negara yang menyerlah di Qatar, bahkan jaringannya ketika skuad negara mengikat gergasi Asia, Korea Selatan, 3-3 dinobatkan sebagai jaringan terbaik kejohanan itu.
Enggan terbawa-bawa dengan kegemilangan yang dikecapnya, Faisal berasakan segala pujian yang diberikan kepadanya tidak membawa makna apa-apa kerana apa yang penting adalah prestasinya di atas padang.
Menjelang pembukaan saingan Liga Super hujung bulan depan, dia berkata kepada wartawan Astron Arena, Karl Nunis: "Pada saya, saya tetap Faisal Halim yang sama.
"Tiada apa yang berubah cuma semangat saya semakin bertambah untuk musim ini.
"Pada saya, ia sesuatu yang normal untuk pemain bola sepak. Ada waktu kita dipuji melambung dan ada waktu kita dihina dan dikritik.
"Bagi saya itu semua tidak penting kerana apa yang penting adalah permainan saya sewaktu dalam pasukan, sama ada buat kelab atau pasukan kebangsan," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Apr 15 2024