Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mahu pasukannya terus berdisiplin menjelang Perlawanan Persahabatan Tier kedua berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok.
Pengendali berusia 46 tahun itu optimis anak buahnya meraih beberapa perkara positif ketika berdepan Singapura tempoh hari, selain akan menerapkan corak permainan 'lebih agresif' kali ini.
"Kami berdepan pasukan yang baik dan kami menghormati mereka. Kami akan lakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan.
"Kami perlu menerapkan disiplin kami, banyak perkara positif ketika berdepan Singapura. Mana-mana pemain yang bermain esok, berpeluang untuk menyarung jersi ini kembali untuk membuat negara bangga.
"Sesiapa pun yang berada dalam kesebelasan utama akan memberikan impak esok." katanya.
Ketika ditanyakan mengenai ketiadaan tonggak utama seperti Facundo Garces dan Faisal Halim, Cklmovski berkongsikan: "Rancangan akan tetap sama, kami beraksi dalam satu pasukan ketika bertahan dan menyerang, ia tidak berubah kerana ketiadaan satu pemain. Kami ada 11 pemain akan beraksi, kami perlu bersedia untuk aksi esok.
"Ia adalah cabaran buat kami, tetapi kami akan lebih agresif dan memastikan mereka berdepan lawan yang sukar dan saya mahu mereka keluar padang dan tidak mahu beraksi berdepan Malaysia lagi." tambahnya ketika sidang media praperlawanan hari ini.
Untuk rekod, Palestine kini berada di ranking ke-98 dunia, manakala Malaysia di kedudukan ke-125.
Tambah Ke Koleksi

? INFO TIKET | TIER 1 INTERNATIONAL FRIENDLIES
— Malaysia NT (@malaysia_nt) August 18, 2025
Tiket untuk dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Singapura ?? dan Palestin ?? akan mula dijual pada Khamis, 21 Ogos 2025, jam 10 pagi menerusi laman web rasmi Tickethotline Malaysia. pic.twitter.com/20Yxl9cxWj
"Kami perlu menerapkan disiplin kami, banyak perkara positif ketika berdepan Singapura. Mana-mana pemain yang bermain esok, berpeluang untuk menyarung jersi ini kembali untuk membuat negara bangga.
"Sesiapa pun yang berada dalam kesebelasan utama akan memberikan impak esok." katanya.
Ketika ditanyakan mengenai ketiadaan tonggak utama seperti Facundo Garces dan Faisal Halim, Cklmovski berkongsikan: "Rancangan akan tetap sama, kami beraksi dalam satu pasukan ketika bertahan dan menyerang, ia tidak berubah kerana ketiadaan satu pemain. Kami ada 11 pemain akan beraksi, kami perlu bersedia untuk aksi esok.
"Ia adalah cabaran buat kami, tetapi kami akan lebih agresif dan memastikan mereka berdepan lawan yang sukar dan saya mahu mereka keluar padang dan tidak mahu beraksi berdepan Malaysia lagi." tambahnya ketika sidang media praperlawanan hari ini.
Untuk rekod, Palestine kini berada di ranking ke-98 dunia, manakala Malaysia di kedudukan ke-125.

Lebih Dari Sekadar Jersi
Setiap helaian jersi Harimau Malaya membawa makna penyatuan penyokong dari seluruh negara.
Tambah Ke Koleksi