Terkedu Micheal Feinchtenbeiner sebaik diajukan persoalan kemungkinan posisinya hilang kepada bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.
Di sebalik isu yang melibatkan kedudukan pengendali Selangor FC itu, prestasi semasa mungkin jadi penyelamat kedudukannya buat sementara susulan pasukannya melakar kemenangan 2-0 ke atas Penang FC semalam.
"Saya tidak berminat mengenai perkara itu. Sekarang saya fokus kepada aksi berdepan KL City, ia satu lagi perlawanan yang sukar bagi pemain," katanya
Pengendali itu cuba kekal fokus dengan tanggungjawab di depan mata ketika pelbagai andaian dan khabar angin bertebaran di belakangnya.
Hakikatnya, kejayaan Selangor mengatasi KL City dalam saingan Piala FA dan terkini kemenangan ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super jadi penyelamat kedudukannya.
Feinchtenbeiner menafikan dua gol Selangor FC di babak kedua berpunca layangan kad merah buat pertahanan lawan, Ahmad Sukri Hamid seolah-olah memudahkan kerja anak buanhya.
Jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan, hampa dengan kekalahan pertamanya bersama Harimau Kumbang.
"Kami telah bermain dengan baik sepanjang perlawanan sehingga terpaksa pengadil melayangkan kad merah dan kami perlu meneruskan saingan dengan 10 pemain. Ia telah menggagalkan kami dapat usaha untuk mendapatkan mata dalam perlawanan ini," kata Zainal.