BAYERN MUNICH 6 MAINZ 0
James Rodriguez berharap Bayern Munich dan Real Madrid akan memulakan perbincangan bagi melengkapkan perpindahan tetapnya selepas dia menjaringkan hatrik yang membantu kemenangan 6-0 penyandang juara Bundesliga itu ke ataz Mainz di Arena Allianz, awal pagi tadi.
Bayern bangkit selepas disingkirkan Liverpool dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Mereka kembali ke puncak Bundesliga selepas Borussia Dortmund tewas kepada Hertha Berlin semalam.
Selepas Robert Lewandowski menjaringkan gol pembukaan buat tuan rumah, James melebarkan kedudukan itu sebelum melengkapkan hatrik dalam babak kedua -- Kingsley Coman dan Alphonso Davies turut tersenarai selaku penjaring buat skuad kendalian Niko Kovac itu.
Laporan di Sepanyol mendakwa James, yang tempoh pinjaman selama dua tahunnya daripada Madrid akan tamat penghujung musim ini, tidak akan kekal di Munich, namun pemain kebangsaan Colombia itu mendedahkan sebaliknya.
"Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa depan," katanya kepada Sport1.
"Kedua-dua kelab ini akan berbincang.
"Kovac merupakan jurulatih yang baik, saya yakin kami masih berpeluang untuk memenangi banyak kejuaraan bersamanya."
Bayern memenangi 13 daripada 14 perlawanan terakhir Bundeslia dan Kovac amat teruja dengan cara kelabnya bangkit daripada kekecewaan dalam Liga Juara-Juara.
"Kami kembali ke tangga teratas dan ia amat menggembirakan," katanya dalam sidang media.
"Banyak kebijaksanaan, semangat dan aksi menarik dapat disaksikan hari ini.
"Kami bermula dengan baik. Itu yang penting selepas dikecewakan Rabu lalu.
"Pasukan ini telah menunjukkan reaksi yang bagus.
"Kami dapat mengatasi kekecewaan itu bersama-sama.
"Kami akan melalui waktu rehat antarabangsa dengan tenang dan berharap setiap pemain akan kembali kepada pasukan ini dengan sihat," katanya.
Bayern kini menduduki tangga teratas Bundesliga dengan mata yang sama dengan Dortmund, namun mereka berkelebihan perbezaan jaringan.
Kedua-dua seteru itu akan bertemu dalam Bundesliga pada 7 April ini.