Skip to main content

Bola Sepak

Saya berharap dapat banyak minit permainan - Akhyar Rashid

akhyar.jpg
Akhyar Rashid secara rasmi diperkenalkan oleh pasukan media Terengganu FC sebagai pemain pinjaman untuk musim baru. 

Apabila ditanya oleh pasukan media TFC tentang perasaannya Akhyar meluahkan rasa gembira dan keterujaannya untuk bersama TFC.

"Perasaan saya, saya sangat terharu untuk bermain bersama Terengganu FC sebab saya melihat pasukan ini sudah lengkap dan mantap, semua ada."

"Pemain pun kebanyakannya pemain tempatan, jadi saya berminat untuk menimba ilmu di sini pula, selain mencari minit permainan di sini, saya berharap saya dapat membantu pasukan ini."

Akyar juga meluahkan harapan bahawa secara peribadi dirinya memerlukan banyak minit permainan dalam saingan Liga Super 2024/2025, "perancangan saya bagi musim ini, saya berharap dapat banyak minit permainan dan juga saya dapat bagi kepercayaan yang baru untuk Coach Tomi (Tomislav Steinbrückner), saya harap sangat boleh bekerjasama dengan TFC,"

Akhyar juga berharap bahawa fanatik TFC untuk terus berikan sokongan buat dia dan pasukannya bagi mengharungi saingan liga edisi kali ini dan dia berjanji untuk selalu lakukan yang terbaik buat TFC. 

Advertisement

Must Watch Video