Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Satu berita menarik, semakin banyak kolaborasi tempatan bersama gergasi bola sepak negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

collab.jpg
Kerjasama Kuala Lumpur City dengan sebuah jenama terkemuka ibu kota, Peak.KL mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan peminat pakaian mahupun penyokong bola sepak. 

Keluaran edisi terbaru itu menyaksikan berpusu-pusu orang hadir untuk mendapatkan koleksi tersebut sebagai salah satu pakaian terkini.

Sebelum ini, seorang pemilik jenama bertaraf antarabangsa, Ashraf Anuar, melakukan kejutan apabila mengumumkan kolaborasi bersama gergasi Liga Super, Selangor, pada awal musim ini.

Pemain The Red Giants yang mengenakan pakaian Savage (SVG) Worldwide itu sebagai kit rasmi menjadi rebutan peminat seluruh Malaysia.

 

Di samping itu, Pestle and Mortar Clothing (PMC) turut menjadi penaja Sabah musim lalu selepas mengeluarkan beberapa jenis pakaian serta jersi edisi terhad yang berwarna hijau.

Sementara itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) juga pernah mendapat sentuhan tempatan tatkala Crossover menjadi kegilaan peminat yang menghiasi pemain Harimau Selatan.

Terbaru, Stoned & Co dilantik selaku rakan strategik finalis MFL Challenge Cup, PDRM, yang mencuri tumpuan warga maya semalam.

Advertisement

Must Watch Video