Pertahanan Lille, Calvin Verdonk, mencipta sejarah selaku pemain kebangsaan Indonesia pertama dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan (Player of the Match) bagi satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dia memperoleh pengiktirafan itu ketika Lille menghadapi Bodo/Glimt di Stadium Aspmyra awal pagi tadi.
Verdonk beraksi cemerlang memastikan gawang Lille tidak dibolosi sepanjang 90 minit ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Secara keseluruhan, dia melakukan empat terjahan, satu pintasan dan tiga sapuan.
Ia juga satu keputusan penting untuk Lille memperoleh mata pertama dalam kempen UCL musim ini selepas tewas tiga perlawanan pertama.