Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, optimis anak buahnya mampu untuk mempamer aksi cemerlang tanpa pemain tonggak, Syahmi Safari, menjelang perlawanan dengan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam esok.
Syahmi ditimpa kecederaan paha sewaktu membantu skuad B-23 negara mengikat China 2-2 dalam pusingan kelayakan Kejohanan AFC, kelmarin.
Dia disarankan pihak perubatan untuk sekurang-kurangnya berehat selama seminggu.
Bagaimanapun, situasi itu tidak merencatkan persediaan Selangor dan Sathianathan yakin anak buahnya mampu untuk mengatasi Terengganu tanpa kehadiran pertahanan sayap serba boleh itu.
"Apabila pemain pasukan saya dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan, ia merupakan petanda positif.
"Malangnya, Syahmi tercedera dan dia terpaksa berehat selama seminggu.
"Pemain yang akan menggantikan tempatnya mampu untuk melakukan peranan sama," katanya.
Dalam pada itu, bekas kapten Terengganu, Abdul Latiff Suhaimi, sedia menjadi "duri dalam daging" buat bekas majikannya itu demi memastikan kutipan tiga mata memihak The Red Giants.
"Saya berharap dapat memberikan 100 peratus dalam perlawanan menentang bekas pasukan saya itu.
"Saya berharap rakan sepasukan lain juga akan memberikan yang terbaik untuk kami mendapatkan tiga mata.
"Setakat ini, kami masih belum menang di Shah Alam dan ia mungkin akan berlaku malam esok," katanya.