AS ROMA 1 JUVENTUS 2
Maurizio Sarri menggesa pasukannya, Juventus, untuk menjadi lebih kejam selepas menewaskan AS Roma 2-1 di Stadium Olimpik untuk kembali menerajui carta Serie A awal pagi tadi.
Skuad Bianconeri itu mendahului 2-0 dalam 10 minit pertama hasil jaringan Merih Demiral dan Cristiano Ronaldo.
Bagaimanapun, Roma merapatkan kedudukan menerusi jaringan penalti Diego Perotti dalam babak kedua dan keadaan semakin genting apabila usaha Gonzalo Higuain menghasilkan gol ketiga dibatalkan kerana ofsaid.
Sarri berasakan pasukannya perlu menamatkan perlawanan itu jauh lebih awal sebelum wisel penamat.
"Kami melakukannya dengan baik sepanjang sejam pertama dan sedikit kesukaran berdepan Roma di Rome tidak akan dapat dielakkan kerana ia adalah perwatakan mereka," katanya kepada Sky Sports selepas pasukannya memintas Inter Milan di mercu dengan kelebihan dua mata.
"Tetapi apa yang saya tidak suka ialah pengurusan keputusan ini.
"Kami gembira dengan tiga mata di tempat yang sukar ini, memaparkan prestasi cemerlang untuk tempoh yang panjang.
"Tetapi kami perlu memperbaiki pengurusan permainan kami pada masa akan datang.
"Kami menyimpan bola di kawasan kami ketika sedang mencari gol ketiga," katanya.
Paolo Dybala kelihatan kecewa apabila digantikan dengan Higuain pada 20 minit terakhir meskipun menjadi pencetus kepada kedua-dua jaringan Juve.
Tetapi Sarri gembira dengan prestasi pemain kebangsaan Argentina itu dan tidak kisah dengan reaksi amarah yang dipaparkannya seandainya kekal beraksi cemerlang.
"Saya tidak kisah. Dia beraksi dengan baik.
"Jika dia berasa marah dan memberikan respons di atas padang, ia baik-baik sahaja.
"Ia perkara yang normal," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa