Skip to main content

Bola Sepak

Sanusi optimis KDA rampas tangga kedua Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sanusi-kedah.jpg
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berada pada landasan tepat untuk merebut tangga kedua Liga Super pada musim ini.

Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelab milik Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar itu dilihat mampu menamatkan Liga Super pada kedudukan itu dalam melangkah penghujung musim.

"Insya-ALLAH, boleh. Kita sentiasa menyokong KDA FC akan mampu mencapai hasrat peminat bola sepak di Kedah untuk berada di tangga kedua.

"KFA dan seluruh ahli gabungan akan terus menyokong pasukan KDA FC yang membawa citra Kedah dalam pertandingan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wisma KFA, Alor Setar, Kedah semalam.

Ketika ini KDA FC berada di tangga ketiga dengan 50 mata, sekaligus mengejar rapat Selangor FC di tangga kedua dengan 52 mata.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan KFA sentiasa memberi sokongan dan sedia membantu pasukan bola sepak di Kedah selaku badan induk bola sepak negeri.

Muhammad Sanusi berkata, ia termasuklah bantuan tunai bagi meringankan beban kewangan dihadapi KDA FC.

"Jumlahnya saya tak boleh nyatakanlah tetapi tetap memberi (bantuan kewangan) termasuklah isu gaji itu sebagai suntikan untuk mereka. KFA akan tolong," katanya.

Kredit : Sinar Harian

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video