Skip to main content

Bola Sepak

Sang Semut Merah hampiri Liga Super

gabriel-guerra.jpg
PKNS 3 MELAKA UNITED 1

Pertemuan PKNS FC dan Melaka United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam menyaksikan keputusan 3-1 memihak kepada tuan rumah. 


Semuanya bermula pada minit ke-41 apabila pemain Melaka, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman, yang mengasari pemain PKNS, Alif Haikal, dalam kawasan penalti. 

Pengadil memberikan kad merah dan sepakan penalti tetapi Gonzalo Soto gagal menyempurnakannya. 

Dua minit kemudian, Soto sebaliknya dipersalahkan apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan dan peluang itu tenang disudahkan penyerang sensasi Melaka, Ilija Spasojevic. 

PKNS hanya memerlukan dua minit selepas babak kedua bersambung untuk menyamakan kedudukan. 

Gabriel Guerra tidak berdepan masalah untuk mengambil tendangan penalti. 

PKNS terus cemerlang apabila Alif Haikal meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum Munir Amran menjaringkan gol ketiga PKNS pada minit ke-87. 

Kemenangan malam ini menyaksikan PKNS hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir mereka untuk layak ke Liga Super, selepas pencabar terdekat, Johor Darul Ta'zim (JDT) II terikat 1-1 dengan Kuala Lumpur. 


KEPUTUSAN LAIN: 

JDT II 1 KUALA LUMPUR 1
NEGERI SEMBILAN 1 DRB-HICOM 1
SABAH 2 KUANTAN 3
ATM 3 SIME DARBY 1
UiTM 2 PERLIS 5

Advertisement

Must Watch Video