Kevin De Bruyne dan Kyle Walker terkejut apabila rakan sepasukan di Manchester City, Leroy Sane, diketepikan daripada skuad Jerman ke Piala Dunia.
Sane tidak tersenarai dalam skuad 23 pemain Joachim Low, dengan pemain berusia 22 tahun itu terlepas saingan di Russia bersama-sama Bernd Leno, Jonathan Tah dan Nils Petersen.
Pemain sayap itu -- memenangi anugerah Pemain Remaja Terbaik PFA dan terlibat dalam 33 gol bagi saingan musim 2017-18 -- berharap untuk bangkit pada masa akan datang.
De Bruyne percaya Sane telah membentuk dirinya sebagai salah seorang pemain yang berkualiti dunia di bawah kendalian Pep Guardiola tetapi diketepikan bagi saingan tertinggi dunia itu.
"Saya masih belum bercakap dengan Sane. Saya agak terkejut dia tidak ke Russia," katanya.
"Saya hanya mahu memberikan ruang kepadanya kerana saya tidak berasakan Sane menjangkakan perkara ini.
"Buat saya, dia adalah pemain remaja terbaik di seluruh dunia bagi tahun ini."
Walker senada dengan De Bruyne yang menyaksikan Sane menampilkan aksi cemerlang buat juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebagai bukti dia layak berada dalam skuad Jerman.
"Saya sangat rapat dengan Sane di Manchester City," kata Walker.
"Sememangnya, pengendali Jerman itu memiliki pendapat yang berbeza dengan saya.
"Mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim ini, saya berasakan Piala Dunia merupakan pentas terbaik untuk menyaksikan bakat yang dimilikinya."