Skip to main content

Bola Sepak

Sancho perlukan rehat -- Favre

jadonsancho-cropped_184saiho5a4a81246li7bcp9qo.jpg
Lucien Favre mempertahankan keputusannya meletakkan Jadon Sancho di bangku simpanan ketika Borussia Dortmund diikat 2-2 oleh Freiburg sambil berkata penyerang itu memerlukan rehat.

Sancho, 19, masuk selaku pemain gantian selepas sejam perlawanan dan mencipta bantuan gol buat Achraf Hakimi tetapi jaringan sendiri Manuel Akanji menyaksikan mereka meraih satu mata, semalam.

Pemain England, Sancho, menikmati satu lagi musim cemerlang selepas mencipta tiga gol dan lima bantuan jaringan dalam tujuh aksi Bundesliga.

Namun, pertemuan dengan Freiburg merupakan perlawanan ketiga dalam tempoh seminggu dan Favre berkata pemain muda itu terlalu penat untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Dia begitu lemah dan perlukan rehat kerana telah beraksi dalam semua perlawanan. Dia diturunkan dalam semua aksi," katanya.

"Dia berusia 19 tahun dan itu normal. Dia sedar telah kepenatan dan perlukan rehat.

"Tidak mudah untuk mengharungi minggu Inggeris. Ia sebahagian daripada tugas kami."

Tatkala Sancho di bangku simpanan, Dortmund meraih pendahuluan menerusi Axel Witsel sebelum dipadamkan oleh Luva Waldschmidt.

Namun, selepas meraih pendahuluan kedua, Favre kecewa dengan prestasi dalam babak kedua.

"Anda tidak meraih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Kami melakukan kesilapan dalam tekanan dan kawalan bola. Tiada unsur ingin menyerang," katanya.

"Kami melalui perebutan bola. Lawan melakukan serangan balas dan kami melepaskan bola dengan mudah. Kami perlu mengekalkan prestasi dalam tempoh 90 hingga 95 minit.

"Namun, ia juga satu kesilapan taktikal. Di bahagian depan, 35 meter terakhir menyaksikan kami tidak beraksi dengan baik dalam babak kedua.

"Ia rumit. Lima atau enam kali kami melepaskan bola dan lawan melakukan serangan balas. Ia satu hadiah buat saya. Lebih baik mengekalkan bola, bermain di kiri atau kanan dan tidak berpuas hati dengan 2-1."

Dortmund kini menduduki tangga ketujuh Bundesliga, dua mata di belakang pendahulu, Bayern Munich.

Advertisement

Must Watch Video