Alexis Sanchez tiba di Milan awal pagi tadi dan dijangka akan melengkapkan klausa pinjamannya daripada Manchester United kepada Inter Milan.
Dia masih belum diturunkan sepanjang musim ini dan dilihat sebagai pemain yang tidak berada dalam rancangan pengurus pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer.
Inter baru sahaja menandatangani seorang lagi penyerang dari Old Trafford, Romelu Lukaku, dengan perpindahan yang memecah rekod pembelian kelab itu bernilai €80 juta (RM373.8 juta), awal bulan ini.
Pemain kebangsaan Chile itu bergelut untuk membuktikan kemampuan sebenarnya sejak tiba di Manchester, Januari tahun lalu, dengan hanya menjaringkan tiga gol daripada 32 penampilannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas penyerang Arsenal itu hampir pasti kembali ke Serie A selepas mewakili Udinese dari 2008 hingga 2011 dan akan kembali bergandingan degan Lukaku dan bekas jurulatihnya, Antonio Conte.
Sanchez didapati berada di Milan selepas diterbangkan ke Itali dengan pemain berusia 30 tahun itu dijangka akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat.