Skip to main content

Bola Sepak

Sanchez terima kad merah kedua terpantas dalam Piala Dunia

carlossanchez-cropped_1oe2rup16il311787bpfcppy0a.jpg
Carlos Sanchez menerima layangan kad merah kedua terpantas dalam sejarah Piala Dunia apabila dibuang padang ketika pasukannya tewas 2-1 kepada Jepun dalam aksi Kumpulan H, Piala Dunia di Saransk, semalam.

Pemain tengah itu dihalau keluar selepas dua minit dan 56 saat apabila didapati sengaja menggunakan tangan untuk menghalang rembatan Shinji Kagawa dari jarak 20 meter.

Pengadil, Damir Skomina, menunjuk tempat penalti dan Kagawa menewaskan David Ospina tetapi layangan kad merah Sanchez bukanlah yang terawal dalam sejarah Piala Dunia.

Rekod terpantas masih dipegang Jose Alberto Batista yang dihalau keluar pada saat ke-54 dalam perlawanan terakhir Uruguay di peringkat kumpulan menentang Scotland di Mexico 1986.

Sanchez akan terlepas perlawanan kedua kumpulan di antara Colombia dan Poland di Kazan, Isnin ini.

Advertisement

Must Watch Video