Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Sanchez direhatkan enam hingga lapan minggu

alexissanchez-cropped_s98w2xbqnkha17amvh8casd3d.jpg
Alexis Sanchez bakal direhatkan sehingga dua bulan selepas disahkan oleh doktor skuad kebangsaan Chile, Pedro Onate, susulan kecederaan lutut yang dialaminya ketika Manchester United menewaskan Southampton, Sabtu lalu.

Sanchez terpaksa dikeluarkan selepas 52 minit permainan sewaktu United mencatat kemenangan 3-2 di Old Trafford selepas menerima terjahan pertahanan The Saints, Jan Bednarek, dan pihak perubatan The Red Devils masih belum memberikan sebarang perkembangan.

Namun, Onate mendedahkan proses imbasan terhadap Sanchez mendapati dia mengalami masalah di bahagian ligamen lutut sehingga memerlukan tempoh beberapa minggu untuk pulih.

"Tiada masalah untuk Sanchez beraksi dalam Copa America kerana dia akan direhatkan enam hingga lapan minggu," kata Onate.

"Sanchez mungkin dapat beraksi lebih awal. Copa America juga tidak akan berlangsung dalam masa terdekat.

"Kecederaan pada ligamen lutut memang menyakitkan tetapi ia tidak begitu rumit."

United akan beraksi tanpa Sanchez apabila mereka bertandang ke Paris Saint-Germain (PSG) pada awal pagi Khamis ini untuk aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah tatkala mereka membawa harapan untuk memadamkan kelebihan 2-0 yang diraih lawan dalam aksi sebelum ini.

Sanchez hanya tampil lapan kali dalam kesebelasan utama di pentas liga musim ini dan menjaringkan satu gol.
 

Advertisement

Must Watch Video