Skip to main content

Bola Sepak

Salam pengadil punca Slot kena kad merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arne-slot.jpg
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park, awal pagi tadi. 

Pergaduhan tercetus apabila pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure, meraikan meraikan keputusan itu di hadapan penyokong Liverpool selepas jaringan penyamaan James Tarkowski buat tuan rumah pada minit ke-8 masa kecederaan memastikan pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut berkesudahan 2-2.

Pemain gantian Liverpool, Curtis Jones, yang panas hati dengan kelakuan Doucoure lantas mencengkam pemain lawan itu hingga mencetuskan ketegangan yang melibatkan pemain, jurulatih, petugas keselamatan termasuk pegawai polis.

 
Selepas keadaan bertukar reda, Doucoure dan Jones dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil, Michael Oliver, sekali gus dibuang padang.

Slot turut dilayangkan kad merah berikutan berjabat tangan dengan Oliver secara agresif, malah pembantu slot, Sipke Hulshoff, turut menempah nasib serupa. 

Ia menjadi penamat yang tepat untuk derby Merseyside ke-120 dan terakhir itu yang dilangsungkan di Goodison Park memandang Everton akan berpindah ke stadium baru musim depan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video