Skip to main content

Bola Sepak

Salah mohon maaf kepada peminat Mesir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah-cropped_15b67t2bxoly81ejsfep7zz1vn.jpg
Mohamed Salah memohon maaf kepada peminat Mesir selepas negaranya tersingkir daripada Piala Dunia, awal pagi tadi.

Mesir mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan itu selepas mereka tewas kepada Arab Saudi 2-1, yang bermakna mereka meninggalkan Russia tanpa sebarang mata daripada tiga perlawanan Kumpulan A.

Penyerang Liverpool itu terlepas perlawanan pembukaan menentang Uruguay dengan kecederaan bahu dan walaupun menjaringkan satu gol menentang Arab Saudi dan Russia, bintang Mesir itu tidak dapat membantu pasukannya mara dalam kejohanan itu.

Tetapi Salah, 26, berharap Mesir dapat kembali ke pentas Piala Dunia pada 2022 dan memperbaiki prestasi untuk masa depan.

"Kami mahu memohon maaf kepada semua peminat Mesir yang datang menyokong kami dalam tiga perlawanan di sini," katanya kepada beIN Sports.

"Saya tahu sukar bagi mereka, seperti juga kami. Saya hanya mahu mengatakan bahawa Mesir layak beraksi dalam Piala Dunia selepas 28 tahun, beberapa pemain di sini tidak mempunyai pengalaman yang diperlukan, terima kasih kepada semua dan kami akan kembali lagi pada 2022."

Salah akan kembali ke Anfield tidak lama lagi untuk jelajah pra-musim Liverpool di Amerika Syarikat bulan depan.
 

Advertisement

Must Watch Video