Skip to main content

Bola Sepak

Salah mahu tinggalkan pasukan kebangsaan Mesir, dakwa laporan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohamed-salah-cropped_115n6xdurivey1ojztm9kv1r6q.jpg
Bintang Liverpool, Mohamed Salah, kecewa dengan pasukan kebangsaan Mesir dan mungkin bersedia untuk meninggalkan skuad itu, menurut CNN.com.

Salah dan pasukannya ditempatkan di Chechnya dalam Piala Dunia 2018 di Russia. Sekeping gambar Salah berjalan di sebelah pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov, menimbulkan kritikan menjelang kejohanan.

Kadyrov, seorang pemimpin sangat kontroversi, menjadikan Salah sebagai seorang warganegara kehormat Republik Chechnya.

"Mohamed Salah adalah warganegara kehormat Republik Chechnya! Ya benar!" tulis Kadyrov dalam media sosial. "Saya berikan Salah satu salinan dekri dan lencana dalam majlis makan malam keraian di mana saya berikan penghormatan kepada pasukan Mesir."

Tetapi, menurut laporan itu, Salah kini berasa digunakan oleh Kadyrov untuk mendapat keuntungan politik dan tidak mahu dikaitkan dengan cara itu.

Salah menyumbang 34 gol untuk Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris pada musim lalu. Dia juga membuat 11 bantuan jaringan dan membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara Eropah di mana dia meninggalkan padang awal akibat kecederaan bahu.

Perlawanan terakhir Mesir dalam Piala Dunia adalah menentang Arab Saudi di Volgograd Arena, malam ini. Mereka tersingkir daripada kejohanan selepas tewas 1-0 di tangan Uruguay dan 3-1 kepada Russia.

Advertisement

Must Watch Video